Akhirnya saya berjaya menyiapkan animasi flash yang tidak seberapa untuk aktiviti kelas yang pertama.
Saya menggunakan teknik Gradients and fill untuk latarbelakang.
Gambar sel tumbuhan berserta vakuol dan mitokondria saya gunakan teknik Tracing images menggunakan Onion Skin Tool.
Perkataan pula saya guna Motion tweening bagi pergerakan dari bahagian atas manakala seterusnya saya guna Shape tweening.
Akibat kekangan kreativiti dan masa saya mengambil masa lebih kurang dua hari untuk menyiapkan animasi ini. Sakit kepala juga memikirkan animasi apa yang ingin dihasilkan terutamanya latarbelakang.
Ini adalah animasi tidak seberapa yang telah saya hasilkan...
https://sites.google.com/site/zaini1stflash/cell/BlogVacuole.swf?attredirects=0
Sunday, September 25, 2011
Saturday, September 24, 2011
Minggu 2 : Flash CS3
Minggu ini belajar mengenali flash. Cara-cara menggunakan Onion skin tool, gradients and fill, motion tweening dan shape tweening. Walaupun pada mulanya agak susah bagi saya menggunakan flash, berkat tunjuk ajar daripada Dr. Zaida dapat juga saya memahami cara-cara menggunakan tools yang ada. Maklumlah saya bukan dari bidang ini jadi agak lambat untuk saya faham. Walauapapun saya akan berusaha berlatih menggunakan flash supaya lebih cepat mahir...
Thursday, September 15, 2011
Minggu 1 : Pengenalan
Kelas pertama untuk kursus Teknologi Pendidikan. Risau dan gemuruh bergelodak kerana pengkomputeran bukanlah bidang utama saya. Banyak perkara yang diterangkan oleh Dr. Zaida yang kurang saya fahami. Php? Asp? Apa benda tu? Biasa dengar tapi tak tahu apa fungsinya. Adobe Flash? Pernah guna dulu tapi dah lama tak guna. Semoga menerusi kelas ini saya dapat meningkatkan pengetahuan pengkomputeran yang ada. Harapan saya agar Dr serta rakan-rakan dapat memberi tunjuk ajar...
Subscribe to:
Posts (Atom)