Sunday, October 9, 2011

Minggu 4 : Scene Concept in Flash

Minggu ini tiada kelas authoring tapi ada kerja rumah yang diberi oleh Dr Zaidatun.
Rasa macam tak sempat nak siap pulak sebab minggu ni juga saya kena pergi kursus KSSR Pendidikan Jasmani selama seminggu.
Minggu yang amat memenatkan...


Scene Concept in Flash


Sunday, October 2, 2011

Minggu 3 : Animasi dalam Flash

Minggu ini tiga teknik yang telah dipelajari animasi berkenaan kartun iaitu Motion Guide Animation,  Traditional Animation dan Image Sequence. Agak sukar juga untuk memahami teknik-teknik ini tetapi saya gembira mempelajarinya...


Motion Guide





Traditional Animation





Image Sequence

Sunday, September 25, 2011

Aktiviti Kelas 1

Akhirnya saya berjaya menyiapkan animasi flash yang tidak seberapa untuk aktiviti kelas yang pertama.
Saya menggunakan teknik Gradients and fill untuk latarbelakang.
Gambar sel tumbuhan berserta vakuol dan mitokondria saya gunakan teknik Tracing images menggunakan Onion Skin Tool.
Perkataan pula saya guna Motion tweening bagi pergerakan dari bahagian atas manakala seterusnya saya guna Shape tweening.
Akibat kekangan kreativiti dan masa saya mengambil masa lebih kurang dua hari untuk menyiapkan animasi ini. Sakit kepala juga memikirkan animasi apa yang ingin dihasilkan terutamanya latarbelakang.

Ini  adalah animasi tidak seberapa yang telah saya hasilkan...
https://sites.google.com/site/zaini1stflash/cell/BlogVacuole.swf?attredirects=0

Saturday, September 24, 2011

Minggu 2 : Flash CS3

Minggu ini belajar mengenali flash. Cara-cara menggunakan Onion skin tool, gradients and fill, motion tweening dan shape tweening. Walaupun pada mulanya agak susah bagi saya menggunakan flash, berkat tunjuk ajar daripada Dr. Zaida dapat juga saya memahami cara-cara menggunakan tools yang ada. Maklumlah saya bukan dari bidang ini jadi agak lambat untuk saya faham. Walauapapun saya akan berusaha berlatih menggunakan flash supaya lebih cepat mahir...

Thursday, September 15, 2011

Minggu 1 : Pengenalan

Kelas pertama untuk kursus Teknologi Pendidikan. Risau dan gemuruh bergelodak kerana pengkomputeran bukanlah bidang utama saya. Banyak perkara yang diterangkan oleh Dr. Zaida yang kurang saya fahami. Php? Asp? Apa benda tu? Biasa dengar tapi tak tahu apa fungsinya. Adobe Flash? Pernah guna dulu tapi dah lama tak guna. Semoga menerusi kelas ini saya dapat meningkatkan pengetahuan pengkomputeran yang ada. Harapan saya agar Dr serta rakan-rakan dapat memberi tunjuk ajar...